SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMPUNG BADONG

on Saturday, April 8, 2017


Kampung Badong merupakan salah satu kampung yang terletak di Pekan Daro.Sejarah Kampung Badong bermula sekitar tahun 1940 dimana sejenis 'Alat Badong atau Beliong' jatuh ke Sungai Badong.Badong adalah sejenis alat untuk membuat sampan,Badong ini seakan alat seperti mata kapak,maka disitulah bermulanya nama Kampung Badong diperolehi.Pada masa itu,hanya terdapat empat keluarga yang mendiami Kampung Badong  yang terdiri daripada keluarga Haji Bashir,Sana Bin Daud,Haji Syawal dan Harun Selang pada tahun 1970.Ketua Kaum Ahmad bin Bedu dilantik menjadi Ketua Kaum yang pertama Kampung Badong (Sebelumnya diterajui oleh wakil penghulu iaitu En.Libun).Ketua Kaum Ahmad Bin Bedu menjadi Ketua Kaum Ahmad Bin Bedu menjadi ketua kaum yang pertama dari 1970 sehingga 2014 dan kini Kampung Badong diterajui oleh Ketua Kaum yang baru iaitu En Haslimi Bin Hassan.

Sumber Rujukan,
Encik Ahmad Bin Bedu 
Mantan Ketua Kaum Kampung Badong

Encik Haslimi Bin Hassan
Ketua Kaum Kampung Badong 




0 comments:

Post a Comment

Karnival Sukan Rakyat 2016

      [18.12.2016] Karnival Sukan Rakyat 2016 yang dianjurkan oleh JKKK Kampung Badong dengan kerjasama Unit Saberkas Kampung Badon...