Karnival Sukan Rakyat 2016

on Monday, April 10, 2017




No automatic alt text available.   

[18.12.2016] Karnival Sukan Rakyat 2016 yang dianjurkan oleh JKKK Kampung Badong dengan kerjasama Unit Saberkas Kampung Badong. Penglibatan yang aktif daripada penduduk kampung dengan menunjukkan sikap berdaya saing. Kerjasama sebegini diharapk dapat diteruskan dan menjadikan karnival sukan ini sebagai aktiviti tahunan bagi penduduk kampung.Karnival Sukan Rakyat 2016 antara aktiviti kemuncak pada tahun 2016. 
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and outdoor
Image may contain: 1 person, grass and outdoor


Penyerahan Replika Pipus

[08.04.2017] Replika Pipus berjaya diwujudkan di kampung badong. Replika Pipus Lambang Kemegahan Kampung Badong. Tahniah kepada yang terlibat.

Image may contain: 4 people, people sitting, child and outdoor      
Image may contain: plant, outdoor and nature


Image may contain: sky, grass, cloud, tree, outdoor and nature

Persediaan yang dilakukan oleh Komuniti Kampung Badong sempena ADS1M 2017

[08.04.2017] Program Gotong-Royong Kampung Badong bersama Yang Berhormat Encik Safiee Ahmad, wakil YB Datuk Haji Wahad Bin Hj Dollah, Yang Berbahagia Kolonel PA Hj Abdul Wahab Bin Hj Rahim, Pusat Latihan Akademik Pertahanan Malaysia dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak di Surau Kampung Badong pagi tadi.Ini merupakan persiapan kampung untuk penilaian Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia 2017 pada minggu hadapan. Terima kasih diucapkan kepada penduduk kampung yang hadir bagi menjayakan program ini tadi. Diharapkan kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi pada masa yang datang.
Image may contain: one or more people, tree and outdoor

Image may contain: one or more people, living room and indoor

         












Menarik di Kampung Badong


Terdapat beberapa lokasi menarik yang ada disekitar Kampung Badong.Antaranya ialah: 


Amik Cafe


Amik Cafe antara tumpuan para pengunjung unruk bersantai dimalam hari.Amik Cafe yang berkonsepkan santai menyediakan jenis perniagaan makanan dan minuman.Selain itu,para pengunjung boleh berkaraoke sambil makan dan minum.Antara menu kesukaan admin di Amik Cafe ialah Gula Apong Blended..rasa dia perghh..merecik! Bah,jum ke Amik Cafe! 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi ditalian yang tertera:
014 8834276 Amik Cafe
Waktu beroperasi: 10.00 pagi hingga 12.00 malam


Gerai Pipus Kak Manis

Haa..admin tahu banyak pembaca lebih biasa mendengar Pipus Kak Manis kan? Gerai Pipus Kak Manis merupakan satu persinggahan yang wajib jika anda berkunjung ke Kampung Daro. Pipus Kak manis telah menjadi bualan yang hangat di kawasan ini.Antara menu yang popular ialah Pipus Gonjeng,Pipus Paum & anda perlu mencuba Coconut Shake segar dari ladang. Buah Nyiur (buah kelapa) ditanam sebelah gerai jer!!Disebabkan itu,ia mendapat gelaran 'segar dari ladang'.Padu beb!! 

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi nombor telefon yang tertera:
084823155
0198841936 Gerai Pipus Kak Manis
Waktu beroperasi:7.30 pagi hingga 6.00 petang

Sudu Garfu Cafe

Nama cafe yang unik!! Sudu Garfu cafe menyediakan makanan dan minuman.Antara menu yang popular ialah Mee Goreng Udang & Mee udang.Selain itu juga,mereka menjalankan perniagaan seperti kedai runcit,buah-buahan,sayur-sayuran dan sebagainya.

Untuk tempahan,anda boleh menghubungi nombor telefon yang tertera:

019 8536798 Sudu Garfu Cafe
Waktu beroperasi: 7.30 pagi hingga 6.00 petang

KEGIATAN EKONOMI KAMPUNG BADONG

on Sunday, April 9, 2017



Penglibatan belia dalam perniagaan menyumbang kepada peningkatan ekonomi kampung. Sekarang, banyak gerai-gerai yang telah dibuka. Antara yang ada kedai runcit, gerai tamu hentian, pembuatan perahu, penjualan hasil laut & hasil tanam, gerai makan, bengkel baiki motorsikal & motorkar dan yang paling menarik GERAI PIPUS.

Gerai Pipus Kak Manis

Gerai Tamu Hentian Kampung Badong,Daro

Kedai Runcit 

Pembuatan Perahu


Kedai Jualan Buah-buahan & Sayur-sayuran








LAGU KAMPUNG BADONG

on Saturday, April 8, 2017

Tanpa sedarku membesar
Dari dulu hingga kini
betapa indahnya desa ini
Tua muda miskin kaya
Semua saling menghormati

*chorus*
Desa kami tercinta
Desa Badong berjaya 
Desa kami yang tercinta
Desa Badong yang berjaya

Pelbagai barang jualan 
Menjadi tarikan 
Itulah satu kehebatan 
Pipus,Ketam,Lada Hitam dan macam-macam
Inilah semua keindahan

**ulang chorus**

Bila tiba perayaan 
Semua merayakan,semuanya mengembirakan 
Dari dulu hingga kini
Pemimpin kami sanjungi,setia tidak berbelah bagi

**ulang chorus**

Pembangunan sana sini,
telah kami kecapi pada hari ini
Surau hingga feri
Jambatan hingga ke jeti
Inilah anugerah ilahi.


LOGO KAMPUNG BADONG


LOGO KAMPUNG BADONG

BULATAN BERWARNA KUNING: 
Kesepakatan dan sifat kekeluargaan tetap utuh dikalangan masyarakat Kampung Badong.

LIMA GAMBAR(PIPUS,LADA HITAM,IKAN TERUBOK,KETAM DAN PADI HUMA): 
Merujuk kepada produk yang telah menjadi sumber rezeki utama penduduk dan produk inilah antara produk yang memperkenalkan Kampung Badong dimata masyarakat Daerah Daro umumnya. 

PERKATAAN BERWAWASAN,BERDAYASAING & BEKERJASAMA:
Motto Kampung Badong itu sendiri dimana setiap penduduk diterapkan sengan sifat daya saing yang sihat untuk menjadikan Kampung Badong mencapai misi yang telah ditetapkan.Bekerjasama adalah satu sikap yang telah lama wujud didalam setiap masyarakat Kampung Badong semenjak kewujudan kampung dan perkataan berwawasan merujuk kepada tujuan utama kampung supaya Kampung Badong terus maju kehadapan.

WARNA HITAM:
Bermaksud kebanyakkan penduduk kampung berketurunan Melanau

WARNA MERAH:
Bermaksud keberanian pucuk pimpinan dan masyarakat di Kampung Badong ini amatlah tinggi.

Karnival Sukan Rakyat 2016

      [18.12.2016] Karnival Sukan Rakyat 2016 yang dianjurkan oleh JKKK Kampung Badong dengan kerjasama Unit Saberkas Kampung Badon...